Monday, October 24, 2011

Tips rahsia menulis email pemasaran yang berkesan

Tips rahsia menulis email pemasaran yang berkesan: pemasaran-email-berkesanPemasaran email merupakan salah satu teknik berkesan bagi menghubungkan kita dengan orang lain melalui internet. Ia sering digunakan untuk menyalurkan informasi seperti penerangan produk, program affiliate, berita tertentu dan sebagainya. Penulisan email yang betul mampu menarik minat penerima email sekali gus menari minat penerima tersebut membaca email itu. Salah satu perkara yang paling kritikal dalam penulisan email ialah isi kandung email tersebut. Adakah penerima email itu terus membacanya dengan penuh minat atau sekadar melihat sekali imbas lalu men 'delete' nya.



Di sini saya akan berkongsi rahsia bagaimana penulisan email yang betul supaya email yang kita tulis itu mampu di baca oleh penerima dan sekaligus bertindak mengikut apa yang tertera dalam email tersebut.

Terdapat beberapa peringkat yang harus kita fahami sebelum kita menulis sesuatu email, apatah lagi kita mahu menjadikan email sebagai salah satu strategi pemasaran yang berkesan dan mampu menukar penerima email kepada pembeli.

Tindakan Penerima Email

1. Menerima email - Baca Tajuk
Pemilihan tajuk email merupakan sesuatu yang amat penting. Pastikan penerima email klik tajuk tersebut untuk membaca isi kandungannya

2. Klik email tersebut - Baca Isi Kandungan
Isi kandungan email juga haruslah menarik minat penerima email membacanya. Ada juga yang suka scroll sampai habis, lalu malas membacanya kerana panjang sangat. Lalu tidak di klik link yang ada di situ.

3. Klik link yang terkandung dalam email
Terdapat 2 jenis link di email tersebut. Pertama, link affiliate yang membawa kepada produk dan yang kedua, link Unsubscribe. Anda harus kawal emosi pembaca supaya mereka tidak klik link Unsubscribe, sebaliknya mereka klik link affiliate seterusnya membeli produk tersebut dan kita mendapat komisyen daripadanya.

Contoh Isi Kandungan di dalam ebook email formula:

Kuasa ‘Magic Words’

Kuasa ‘Magic Words’ yang boleh kita gunakan dalam pemasaran emel. Apa itu ‘Magic Words’? ‘Magic Words’ ialah perkataan yang memberi satu impak kepada pembaca. Perkataan tersebut mestilah berjaya mendorong subscriber untuk membuat tindakan.

Dapatkan ebook email formula yang boleh di Download secara percuma. Download Sekarang.

P/S : Anda perlu mendaftar sebagai Ahli Web EdyMart terlebih dahulu untuk mendapatkan pelbagai ebook secara percuma. Sila daftar percuma sekarang.

Sekiranya anda merasakan penulisan di atas memberi manfaat dan ilmu baru kepada anda, sila LIKE atau beri komen di bawah.

No comments:

Post a Comment